Apakah itu Pip?
Pip’ ialah unit ukuran yang menyatakan perubahan terkecil dalam nilai antara dua mata wang.
Jika EUR/USD bergerak dari 1.1055 ke 1.1056, kenaikan nilai .0001 USD itu ialah 1 pip.
Untuk hampir semua pasangan, pip ialah digit keempat selepas titik perpuluhan. Pengecualian popular ialah yen Jepun, di mana pip ialah perubahan dalam digit kedua selepas titik perpuluhan.
Ini ialah contoh cara sebut harga pasangan dipaparkan. Lihat pip untuk setiap pasangan yang diserlahkan di bawah:
GBP/CAD = 1.65723
USD/JPY = 110.890
EUR/USD = 1.13455
Apakah itu Lot?
Lot ialah unit yang digunakan untuk mengukur jumlah unit mata wang yang didagangkan oleh pedagang. Setiap kali anda membuat pesanan untuk berdagang posisi, pesanan itu akan disebut dalam saiz lot.
Saiz standard untuk lot ialah 100,000 unit mata wang, tetapi terdapat saiz lot lain – lot mini, mikro dan nano. Saiz lot mini ialah 10,000 unit, mikro ialah 1,000 unit, dan nano ialah 100 unit. Saiz lot yang lebih kecil ini bagus untuk pedagang baharu yang mahukan pendedahan dalam pasaran dengan menggunakan jumlah modal yang jauh lebih kecil sambil meminimumkan potensi kerugian.